Berita Terkini 29 Sep, 2021

Berita Terkini| Kematian 2 pelajar bukan akibat kompikasi vaksin! Polis Perak nafi berita tular!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Tangkap layar video tular yang mendakwa dua pelajar sebuah sekolah di Perak meninggal dunia akibat komplikasi suntikan vaksin Covid-19.


KEMATIAN dua pelajar sekolah di Perak yang didakwa akibat komplikasi suntikan vaksin Covid-19 seperti berita tular dalam media sosial adalah tidak benar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menafikan dakwaan tersebut dan kematian pelajar tersebut langsung tiada kaitan dengan suntikan imunisasi berkenaan.

“Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai itu dilaporkan meninggal dunia pada 18 Julai dan 17 September 2021 lalu sedangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja hanya bermula 20 September 2021.

“Kematian mereka tiada kena mengena dengan vaksin. Berita tular dalam media sosial berhubung punca kedua-dua pelajar ini meninggal dunia adalah tidak benar,” katanya yang dipetik laporan Kosmo siaran 29 September 2021.

Tambah beliau, pihaknya ada menerima laporan pada 18 Julai 2021 lalu mengatakan terdapat seorang pelajar perempuan meninggal dunia disebabkan positif Covid-19.

“Pelajar berkenaan sebenarnya mempunyai rekod sakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik dan telah dua bulan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Manakala, kematian seorang lagi pelajar yang dilaporkan pada 17 September 2021 membabitkan remaja lelaki berusia 17 tahun adalah disebabkan sakit jantung,” ujarnya. - KitaReporters


8
14
0
8
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago