Berita Terkini 28 Jul, 2021

Berita Terkini| Ramai tak sedar mereka dijangkiti Covid-19! Sebarkan virus kepada orang lain!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan…  Ramai individu tidak sedar telah dijangkiti Covid-19 kerana tiada alami gejala. - Kredit foto: Bernama


RAMAI individu tidak menyedari diri mereka telah dijangkiti virus Covid-19 berikutan tidak mengalami sebarang gejala sehinggakan tanpa sedar boleh menyebarkan virus kepada orang lain.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata ia menyebabkan angka kes positif terus meningkat di Lembah Klang ekoran penularan wabak lebih besar berbanding jumlah kes positif yang dikesan setiap hari.

“Perlu diingat, keberkesanan vaksin mengambil masa dua minggu selepas melengkapkan dos kedua. Jadi, vaksin ini memerlukan tempoh untuk bertindak balas dan melindungi seseorang individu.

"Selain itu juga, kemunculan varian Delta dalam komuniti dengan kadar jangkitan lebih tinggi turut menyumbang kepada peningkatan kes ini terutama di kawasan Lembah Klang,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 28 Julai 2021.

Tambah Dr Chong yang mewakili Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF), pihaknya mengukuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dengan melaksanakan Virtual CAC kepada individu tidak bergejala dan bergejala ringan serta perkukuhkan pengurusan pemantauan pesakit di rumah.

Katanya lagi, lebih banyak ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) ditawarkan di klinik kesihatan dan kepada pengamal perubatan am melalui penjualan kit ujian kendiri yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi membolehkan lebih banyak ujian dijalankan. - KitaReporters


0
0
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Khidmat kaunseling ditambah baik! JPM, KPWKM bersama bantu pasangan bermasalah!

Khidmat kaunseling, kekeluargaan kepada pasangan hadapi konflik akan ditambah baik oleh JPM (Hal Ehwal Agama) secara kolaboratif bersama KPWKM - Menteri Agama

Berita Terkini| Koperal polis dituduh terima rasuah RM700! Mengaku tak bersalah di mahkamah!

Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tak bersalah di mahkamah atas tuduhan terima suapan RM700 bagi bebaskan seorang lelaki yang memiliki air ketum
News Editor 2 in Berita Terkini 8 hours ago

Berita Terkini| Nama individu tolak vaksin dipersembah JAIS kepada Sultan Selangor! 24 Sept!

JAIS persembah senarai nama individu enggan divaksin kepada Sultan Selangor pada 24 Sept 2021. Libatkan guru KAFA, pentadbir masjid, penolong pendaftar nikah
News Editor 2 in Berita Terkini 9 hours ago

Berita Terkini| Perbicaraan penuh kes kartel daging Dis 2021! Babitkan 2 pengarah, 1 pengurus!

Perbicaraan kes kartel daging yang gemparkan negara pada akhir 2020 akan diadakan pada 14-16 Dis 2021. Babitkan 2 pengarah, pengurus syarikat atas 21 pertuduhan
News Editor 2 in Berita Terkini 11 hours ago

Berita Terkini| Pesara rugi RM16k! Ditipu anak saudara, individu menyamar jadi pegawai polis!

Seorang pesara buat laporan polis dakwa rugi RM16k selepas ditipu anak saudara yang dia ‘berurusan’ bagi lepaskan anaknya ditahan polis atas kesalahan dadah
News Editor 2 in Berita Terkini 12 hours ago