Berita Terkini 05 Jul, 2021

Berita Terkini| Ramai pesakit kritikal tak ditempatkan di wad! Hospital sesak dan kurang katil!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KEADAAN di Unit Rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di sekitar Lembah Klang sebelum keadaan menjadi lebih sesak dan kekurangan katil. - Kredit foto: Astro Awani


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesahkan masih ramai pesakit kritikal Covid-19 yang tidak dapat ditempatkan di wad kerana kesesakan dan berdepan kekurangan katil di wad serta bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit yang tidak dapat ditempatkan di wad itu kini terpaksa diletakkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital sekitar Lembah Klang.

Malah, pesakit Covid-19 dalam kategori 3 dan 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan mereka hanya dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

"Jumlah pesakit Covid-19 termasuk yang disyaki atau berkemungkinan dijangkiti virus berkenaan masih tinggi dan tidak menunjukan penurunan khususnya di kawasan Lembah Klang.

"Sehingga kini seramai 1,224 pesakit Covid-19 termasuk individu yang disyaki dan berkemungkinan dijangkiti virus itu sudah dimasukan ke dalam ICU dan daripada jumlah yang dilaporkan itu lebih separuh atau 567 pesakit berada di Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Isnin 5 Julai 2021.

Sehubungan itu, beliau menyatakan beberapa langkah sudah diambil oleh pihak KKM bagi mengatasi masalah berkenaan seperti meningkatkan kapasiti Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi merawat pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, pihak HKL turut membuat penyumberluaran (outsourcing) dengan merujuk pesakit bukan Covid-19 dari hospital berkenaan ke hospital swasta yang berdekatan. - KitaReporters


DR. Noor Hisham berkata beberapa langkah oleh KKM dengan membuat penyumberluaran dengan merujuk pesakit bukan Covid-19 dari hospital berkenaan ke hospital swasta berdekatan.


 

 

 

0
0
8
0
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago