Berita Terkini 01 Jul, 2021

Berita Terkini| 1,738 kes bunuh diri direkod Jan 2019-Mei 2021! 498 kes dicatat Jan-Mei 2021!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SEBANYAK 1,738 kes bunuh diri direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 hingga Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, jumlah itu melibatkan 609 kes dicatatkan sepanjang 2019, manakala 631 kes pula pada  2020 serta 498 kes sejak Januari hingga Mei 2021 lalu.

“Daripada keseluruhan kes tersebut individu yang terlibat dalam bunuh diri adalah 1,427 wanita dan 281 lelaki.

“Kebanyakan mangsa adalah berusia 15 hingga 18 tahun iaitu 872 orang, manakala 19  tahun hingga 40 tahun pula seramai 668 orang,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Khamis, 1 Julai 2021.

Tegas Abd. Jalil Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 117 kes, manakala untuk tahun 2020 dan 2019, Johor merupakan negeri tertinggi kes bunuh diri iaitu sebanyak 110 kes.

Katanya berdasarkan statistik, cara membunuh diri kerap berlaku adalah gantung diri (75.1 peratus), terjun bangunan (13.6 peratus) dan makan racun (5.7 peratus).

Jelasnya, siasatan mendapati tiga punca menyebabkan kejadian tersebut antaranya masalah keluarga, kewangan dan tekanan perasaan.

“Berdasarkan trend yang berlaku, semua pihak bertanggungjawab terutama masyarakat memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.

“Kita menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan dan pihak menyediakan nasihat,” jelas beliau. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago