Berita Terkini 04 Jul, 2021

Berita Terkini| 4 bendera hitam dikesan di tempat awam di Terengganu! Tiada sebarang tangkapan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Salah satu lokasi dikesan dikibarkan bendera hitam di daerah Dungun, Terengganu. - Kredit foto: IPD Dungun


EMPAT kes kibaran bendera hitam dikesan oleh polis di Terengganu pada 3 Julai 2021 ketika bermulanya kempen berkenaan yang mulanya dicetuskan menerusi media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata bendera hitam tersebut didapati berkibar di lokasi-lokasi awam termasuk tepi jalan raya di daerah Dungun serta Besut.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini. Polis juga belum memanggil mana-mana individu untuk dirakamkan keterangan memandangkan ia masih baharu. Polis sedang kesan mereka yang terbabit dengan kempen ini.

“Individu dikesan terlibat boleh dikenakan  di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dipetik laporan Sinar Harian, 4 Julai 2021.

Terdahulu, media sosial dibanjiri seruan kempen kibarkan bendera hitam di mana-mana lokasi dirasakan sesuai yang didakwa sebagai tanda kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.

Orang ramai juga diseru mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial secara serentak pada jam 3 petang,  3 Julai 2021 dengan gunakan tanda pagar #Lawan sebagai tanda sokongan terhadap kempen berkenaan.

Kempen kibar bendera hitam muncul selepas kempen kibarkan bendera putih muncul namun tujuannya  berlainan. -KitaReporters


 

                                                     

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago