Berita Terkini 09 Aug, 2021

Berita Terkini| Harga borong rambutan, manggis merudum! Pekebun di Tanah Merah, Jeli kerugian!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Berlaku lambakan rambutan dan manggis di Tanah Merah dan Jeli di Kelantan sehingga menyebabkan harga borong jatuh mendadak. 


KEJATUHAN harga borong rambutan sehingga RM0.40 sen sekilogram buat masa ini menyebabkan kira-kira 2,000 pekebun di Tanah Merah dan Jeli di Kelantan berdepan kerugian.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lanas Jedok, Tanah Merah, Zulkifli Yunus berkata

harga borong buah tersebut RM3 sekilogram pada awal musim iaitu sekitar sebulan lalu namun kini merudum mendadak.

“Kerugian dihadapi pekebun dianggarkan RM2.5juta berikutan berlakunya lambakan rambutan sekali gus menyebabkan harga juga menurun. Tanaman membabitkan keluasan kira-kira 1,000 hektar.

“Pekebun juga rasa tidak berbaloi lagi mengutip buah di kebun kerana perlu menampung pelbagai kos termasuk upah pekerja dan sewa pengangkutan, sedangkan harga jual borong cuma RM0.40 sekilogram

“Semua ini tidak menguntungkan pekebun. Harga rambutan jatuh kerana musim ini rambutan sangat menjadi dan berbuah lebat sehingga terlalu banyak,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 9 Ogos 2021.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan berlaku juga lambakan manggis pada masa ini hingga hanya dijual pada harga RM0.30 sekilogram untuk pemborong. KitaReporters


 

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago