Gambar hiasan
SEORANG wanita berusia 30-an yang dipercayai tokan (dalang/pengedar) dadah ditahan oleh polis di tepi jalan Felda Sungai Tiang, Pendang pada 9 Ogos 2021 sebelum sempat hantar bekalan kepada pelanggan.
Ketua Polis
Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata suspek ditahan
jam 6.30 petang oleh sepasukan anggota Balai Polis Sungai Tiang yang sedang menjalankan rondaan mencegah jenayah.
“Sewaktu bertugas,
wanita berkenaan dilihat anggota polis berada dalam kereta dengan keadaan mencurigakan lalu kemudiannya
menghampiri suspek.
“Hasil
pemeriksaan polis menemui satu bungkusan plastik putih yang di dalamnya terdapat
39 paket lutsinar mengandungi serbuk atau ketulan putih disyaki heroin.
"Anggaran berat dipercayai dadah berkenaan sekitar 185.67 gram," katanya dipetik laporan Harian Metro pada 10 Ogos 2021.
Tambah Arriz Sham berkata, wanita tersebut ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan barang disyaki dadah turut dirampas.
Katanya lagi, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah. - KitaReporters