Berita Terkini 28 Aug, 2021

Berita Terkini| Tun Ahmad Sarji meninggal dunia! Bertarung di ICU ekoran komplikasi Covid-19!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


MANTAN Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital pada awal pagi Sabtu, 28 Ogos 2021.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kemas kini dalam Facebooknya berkongsi berita sedih berkenaan.

"Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham YABhg (Yang Amat Berbahagia) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid diatas pemergian Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2021, jam 1.40 pagi.

"Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian.

Mohd Zuki berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah," katanya.

Pada 7 Ogos 2021 lalu, media melaporkan Ahmad Sarji dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras akibat komplikasi Covid-19.

Ahmad Sarji, 82, merupakan Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996 ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. - KitaReporters


 

 

0
0
2
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago