Berita Terkini 01 Sep, 2021

Berita Terkini| Tawaran urutan seks di hotel! DBKL tutup 4 hotel sekitar ibu kota! Ops Patuh!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Penguatkuasa DBKL menampal notis di  premis yang dikenakan tindakan dalam Ops Patuh yang dijalankan sekitar ibu kota Kuala Lumpur. - Kredit foto: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menutup empat hotel di sekitar ibu kota yang dikesan menjalankan aktiviti urutan seks sepanjang Ops Patuh bermula 15 hingga 31 Ogos 2021 lalu.

Memetik laporan Kosmo pada 1 September 2021, DBKL memaklumkan seramai 30 warga asing turut ditahan dalam operasi dijalankan terhadap premis-premis komersial itu.

“Warga asing yang ditahan bagi tujuan dokumentasi itu terdiri daripada 12 warga Indonesia, Thailand (7), Bangladesh (6) serta lima tukang urut atau pekerja seks warga Vietnam.

“Selain itu, tindakan menyita 45 pelbagai barangan turut dilakukan melibatkan pelbagai barangan termasuk kondom, minyak pelincir, buku log, modem dan monitor,” katanya.

Mengulas lanjut, DBKL turut memaklumkan secara keseluruhan sebanyak 621 buah premis telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“DBKL membuat penutupan terhadap 17 buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap empat buah hotel yang menjalankan aktiviti tidak bermoral dan 13 buah premis perniagaan dikendalikan warganegara asing,” ujarnya. KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago