Berita Terkini 18 Aug, 2021

Berita Terkini| Hanya 4 kematian penerima dos penuh vaksin! Daripada 13k kes meninggal Covid-19!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

KAKITANGAN HTAR, Klang menolak jenazah mangsa Covid-19 untuk dihantar ke pusat forensik sebelum dituntut oleh ahli keluarga. - Kredit foto: Utusan Malaysia.


ANALISIS data klinikal angka kematian akibat Covid-19 dalam negara menunjukkan, sebanyak 0.03 peratus iaitu bersamaan dengan empat kematian, melibatkan individu yang telah menerima dos penuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejak penularan pandemik dilaporkan di dalam negara, sebanyak 12,993 kematian telah direkodkan.

“Sebanyak 80 kematian iaitu bersamaan 0.6 peratus lagi, melibatkan individu yang hanya menerima satu dos suntikan vaksin.

“Analisis audit data klinikal terbaharu kami menunjukkan, daripada 12,993 kematian yang direkodkan di dalam negara, 80 kes (0.6 peratus) melibatkan individu yang menerima satu dos vaksin, manakala 4 kes (0.03 peratus) melibatkan individu yang telah menerima dos penuh vaksin, ” kata dalam satu ciapan dalam akaun Twitter miliknya, pada Rabu, 18 ogos 2021.

Noor Hisham bagaimanapun, tidak menjelaskan lanjut mengenai tempoh masa mangsa dijangkiti, terutama dalam kalangan penerima yang telah menerima dos penuh, dan juga pecahan jenis vaksin yang diterima. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago