Berita Terkini 01 Oct, 2021

Berita Terkini| Pahang kutip 44.2 tan barangan kitar semula! Bernilai RM21k! Untuk Jan-Sept 2021

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SEBANYAK 44.2 tan barangan kitar semula bernilai RM21,000 dikutip di seluruh Pahang bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September 2021 ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Sharudin Hamid, berkata, pencapaian itu membanggakan dengan kesedaran orang ramai yang semakin meningkat mengenai program kitar semula.

Katanya, ini kerana masyarakat mempunyai pilihan sama ada menjual barangan kitar semula atau meletakkannya di kawasan rumah mengikut jadual yang ditetapkan bagi kutipan barangan kitar semula.

Dengan kesedaran yang semakin meningkat, SWCorp dan Alam Flora Sdn Bhd percaya masyarakat sudah mula mengasingkan barangan seperti plastik, kertas, minyak masak dan botol dengan sisa makanan.

"Pengasingan itu akan mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan dan memelihara sumber alam semula jadi.

"Berdasarkan statistik tahun lalu, 147 tan dengan nilai RM54,000 dikutip di seluruh Pahang," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Jumaat 1 Oktober 2021.

Katanya, Kuantan dijadikan sebagai projek perintis bagi melihat sambutan daripada masyarakat sebelum dibuka di 10 daerah di Pahang.

"Di pusat ini, belian mengikut harga semasa seperti minyak masak dibeli pada harga RM1.80, aluminium (RM2.50) surat khabar, kertas hitam putih dan majalah 25 sen, besi (50 sen) tin (40 sen, plastik (40 sen) untuk sekilogram. - KitaReporters


11
15
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago