Berita Terkini 04 Jul, 2021

Berita Terkini| Bayaran sewa kantin, premis di sekolah dikecualikan 6 bulan! Mulai Julai 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan...KPM memberikan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kantin sekolah selama enam bulan bermula Julai 2021. - Kredit foto: malaysia3c.com


KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memberi pengecualian bayaran bagi sewaan kantin dan premis atau ruang di sekolah selama enam bulan bemula Julai 2021.

Menurut kenyataan KPM pada 4 Julai 2021, penyambungan kontrak sewaan kantin, premis atau ruang seperti kedai buku serta koperasi di sekolah bawah kementerian itu juga diberikan secara automatik untuk tempoh setahun apabila kontrak asal tamat.

“KPM prihatin dengan kesukaran dihadapi penyelia perkhidmatan khususnya kontraktor perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), bekalan makanan bermasak (BMB) di institusi bawah KPM yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi perkhidmatan BMB, kementerian lanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor terlibat dengan ambil kira tempoh yang terjejas.

“Berhubung perkhidmatan KBK pula, tidak timbul isu kontraktor perlu potong gaji pekerja kerana pembayaran kepada kontraktor dibuat sepenuhnya sebagaimana dinyatakan dalam kontrak,” katanya.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan KPM yakin inisiatif tersebut akan membantu ringankan beban kewangan penyelia perkhidmatan  di institusi bawah KPM serta pekerja terlibat akibat pandemik Covid-19. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago