Berita Terkini 18 Jul, 2021

Berita Terkini| Peniaga pakaian wanita rugi lebih RM78k! Tak semak transaksi pembayaran online!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Peniaga dalam talian perlu menyemak transaksi pembayaran oleh pelanggan sebagai langkah elak ditipu. - Kredit foto: pixabay.com


GARA-GARA tidak melakukan semakan transaksi pembayaran, seorang peniaga pakaian wanita berusia 24 tahun mendakwa mengalami kerugian RM78,706 setelah menyedari tiada pembayaran dilakukan oleh pelanggan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berniaga secara dalam talian hanya menyedari dirinya ditipu oleh pelanggan yang mendakwa sudah memasukkan wang ke dalam akaun banknya pada 16 Julai 2021.

“Kejadian bermula 1 November (2020) lalu apabila mangsa menerima pesanan menerusi Facebook daripada pelanggan yang berminat dengan pakaian wanita dijual mangsa. Selepas berhubung, suspek bersetuju membelinya lalu membuat 'pembayaran'.

“Pelanggan yang menggunakan empat nama akaun Facebook berbeza menghantar resit pembayaran atau pemindahan wang kepada mangsa sebagai bukti, namun ia adalah palsu. Mangsa hanya sedar dirinya ditipu setelah terdapat pengurangan wang dalam akaun banknya.

"Selepas diaudit didapati empat penama tidak membuat pembayaran kerana tiada rekod kemasukan wang ke dalam akaun miliknya,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 18 Julai 2021.

Tambah beliau, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Temerloh pada 17 Julai 2021 dan mendakwa penama pertama tidak membayar sebanyak RM40,526, selain tiga lagi masing-masing sebanyak RM22,928, RM6,372 dan RM8,940.

Katanya lagi, mangsa percaya seorang daripada pelanggan itu merupakan dalang dan sengaja mewujudkan akaun Facebook tiga penama lain bagi memperdaya dengan menunjukkan resit pembayaran palsu kepadanya.

"Semakan lanjut mendapati keempat-empat akaun Facebook itu punyai hubung kait berdasarkan alamat penghantaran barang di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya. KitaReporters


1
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago