Kebakaran
melibatkan lapan deretan bengkel kenderaan di Jalan Tanjung Api, Kuantan dalam
kejadian pagi 27 Ogos 2021. - Kredit foto: FB Bomba & Penyelamat Negeri
Pahang
LAPAN deretan premis bengkel kenderaan di Jalan Tanjung Api, Padang Lalang, Kuantan musnah
dalam kebakaran berlaku pada pagi Jumaat, 27 Ogos 2021.
Penolong
Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,
Ismail Abdul Ghani berkata kejadian dilaporkan jam 5.06 pagi itu turut
menyebabkan kerosakan dua jentera berat serta beberapa buah kenderaan lain.
“Sejurus
menerima panggilan seramai 28 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat
(BBP) Kuantan, BBP Indera Mahkota dan BBP Gebeng bergegas ke lokasi kejadian untuk
operasi memadam kebakaran.
“Tiba di
lokasi, didapati kebakaran melibatkan deretan premis bengkel kereta. Enam
penghuni di premis-premis terlibat selamat setelah semuanya sempat menyelamatkan
diri.
“Kebakaran
melibatkan bengkel kereta, bengkel mengecat kenderaan dan bengkel kerja
kejuruteraan itu berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih tiga jam,” katanya
dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 27 Ogos 2021.
Ujar beliau
lagi, anggaran kemusnahan sebanyak 85 peratus dan punca sebenar kebakaran serta
nilai kerugian masih dalam siasatan. - KitaReporters