Berita Terkini 23 Sep, 2021

Berita Terkini| Pengantin Pulau Pinang perlu jalani ujian saringan! Usaha bendung penularan COVID-19!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

BAKAL  pengantin di Pulau Pinang perlu menjalani ujian saringan COVID-19, sekurang-kurangnya menggunakan kit ujian pantas antigen COVID-19, iaitu ujian sendiri sebelum akad nikah, berkuat kuasa  Khamis, 23 September 2021.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Datuk Mohd Zakuan Zakaria, berkata wali dan saksi nikah juga wajib menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai usaha membendung penularan wabak itu.

"Bagi kit ujian pantas antigen COVID-19, ia perlu dilakukan 30 minit sebelum majlis akad nikah berlangsung. Akad nikah hanya dibenarkan di Pejabat Agama Daerah dan pasangan pengantin yang didapati negatif sahaja dibenarkan meneruskan akad nikah.

"Bakal pengantin berlainan daerah atau negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak polis. Jika gagal (rentas daerah atau negeri), boleh melantik dan mewakilkan seorang wakil untuk menerima nikah bagi pihak mereka," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Beliau berkata, majlis akad nikah di PAD dijalankan dengan prosedur operasi standard(SOP) ketat dan hanya 10 pasangan dibenarkan setiap hari dengan tujuh orang membabitkan pengantin lelaki dan wanita, wali, saksi, ibu atau bapa pengantin lelaki serta jurugambar sahaja pada setiap sesi yang mengambil masa tidak lebih 30 minit.

Mohd Zakuan berkata, kursus praperkahwinan secara bersemuka ditangguhkan dan digantikan dengan proses temu dan kebenaran berkahwin di Pulau Pinang dengan pendaftaran bagi proses temu duga boleh dilakukan di laman sesawang emunakahat.penang.gov.com. - KitaReporters


18
10
0
15
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago