Berita Terkini 08 Sep, 2021

Berita Terkini| Mangsa gangguan seksual perlu lapor segera! RUU seksual masih peringkat akhir!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


MANGSA gangguan seksual digesa terus membuat laporan kepada pihak berkuasa tanpa menunggu Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan gangguan seksual diluluskan di Parlimen.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, RUU tersebut perlu melalui pelbagai proses dan kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Peguam Negara.

“Kita ada akta sedia ada kerana RUU ini adalah RUU baharu, bukan yang dipinda. Jika ada mangsa mendapat gangguan seksual, sudah pasti aduan boleh terus dibuat, bukan kena tunggu RUU ada dulu,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, Rabu, 8 September 2021.

Dalam masa sama, Rina memberi jaminan mempercepatkan proses pembentangan RUU berkenaan bersama pihak KPT.

“Negara kita ada undang-undang sedia ada. Apabila siap nanti (RUU) kita tunggu,” katanya sambil memberitahu, aduan boleh dibuat terus ke balai polis dan talian kasih 15999 di bawah KPWKM. - KitaReporters


17
12
0
7
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago