Berita Terkini 03 Sep, 2021

Berita Terkini| 16 varian Covid-19 membimbangkan dikesan di Terengganu! Mulai akhir Julai 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Jumlah kes harian Covid-19 pada 2 September adalah paling tertinggi di Terengganu sejak pandemik melanda.


SEBANYAK 16 kes varian membimbangkan (VOC) Covid-19 direkodkan di Terengganu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sehingga kini sejak ia mula dikesan akhir Julai 2021.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata varian tersebut membabitkan

tujuh kes varian Delta (B.1.617.2) dan sembilan kes varian Beta (B.1.351).

“Daripada jumlah dikesan itu, empat kes VOC direkodkan di daerah Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu, seterusnya di Marang (3), Kemaman (2) serta masing-masing satu kes di daerah Setiu, Dungun dan Besut.

"Kewujudan varian ini memerlukan tindakan kawalan lebih teliti kerana kadar jangkitannya lebih cepat.

“Tindakan kawalan juga perlu dilakukan dengan lebih cepat seperti memastikan pesakit bukan sahaja dikuarantin dengan cara betul tetapi juga asingkan segera pesakit dan kontak rapat yang dikesan,” katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 3 September 2021.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, Terengganu merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi pada 2 September 2021 dengan 987 kes, sekali gus rekod baharu sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Katanya lagi, peningkatan mendadak tersebut disebabkan beberapa faktor seperti saringan kontak rapat dan saringan kes aktif (ACD) bersasar di beberapa lokaliti di seluruh daerah di Terengganu. - KitaReporters


 

12
11
0
10
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago