Berita Terkini 07 Sep, 2021

Berita Terkini| Wanita usia 30-an ditemukan mati terjun dari tingkat 30 kondo! Disyaki bunuh diri

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Kondominium Mutiara Ville di Cyberjaya. - Kredit foto: Kosmo


SEORANG wanita berumur 30-an ditemukan mati setelah terjun dari tingkat 30 sebuah kondominium di Cyberjaya dalam kejadian kira-kira 11 malam pada 6 September 2021.

Wanita tersebut yang merupakan penyewa di sebuah kediaman kondominium berkenaan dikatakan naik ke tingkat paling atas sebelum dipercayai bunuh diri dengan terjun dari bangunan tersebut.

Memetik laporan Utusan Malaysia, 7 September 2021, seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata kejadian tersebut benar-benar mengejutkannya apatah lagi ia melibatkan seorang wanita.

“Majoriti penghuni di kawasan ini warga Arab dan juga pelajar tempatan serta warga asing. Biasanya, kalau ada kejadian di sini pun hanya berkaitan kes mabuk, kes terjun bangunan ini sesuatu yang tidak pernah terjangka akan berlaku.

“Tambahan pula mangsa seorang wanita, tentunya lebih mengejutkan. Saya dan penghuni lain tidak tahu punca sebenar kejadian, kes ini juga telah berada bawah siasatan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan kejadian itu serta memaklumkan kes masih dalam siasatan dan butiran lanjut akan diberikan dalam masa terdekat. KitaReporters


 

10
10
0
12
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 months ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 months ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 months ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 months ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 months ago