Berita Terkini 29 Jul, 2021

Berita Terkini| Agong dukacita! Pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan! Kenyataan mengeliru!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

AGONG menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat sedangkan pembatalan belum lagi diperkenan baginda. - Kredt foto: Bernama


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa sudah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, sudah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan baginda.

"Baginda menegaskan bahawa kenyataan (Takiyuddin) di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat ,” katanya dalam kenyataan rasmi Istana Negara pada Khamis, 29 Julai 2021.

Ahmad Fadil memaklumkan, Seri Paduka baginda menegaskan permohonan pembatalan semua ordinan darurat yang berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen selain mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku ketua utama negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda menegaskan dalam pemerintahan Raja Berpelembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

Beliau berkata, baginda menegaskan bahawa semua Ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung. - KitaReporters



 

0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago