Berita Terkini 14 Jul, 2021

Berita Terkini| Tiada perjumpaan keluarga-banduan Aidiladha ini! Diganti dengan sidang video!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan...  Penggunaan teknologi jadi jambatan normal baharu bagi menghubungkan banduan dengan keluarga. - Kredit foto: Harian Metro


Perjumpaan keluarga dengan penghuni penjara di seluruh negara sempena Aidiladha ini ditangguhkan Jabatan Penjara Malaysia sebagai langkah kekang penularan pandemik Covid-19.

Memetik laporan Sinar Harian pada 14 Julai 2021, Jabatan Penjara Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan perjumpaan dengan banduan-banduan itu digantikan dengan cara penggunaan sidang video melalui e-mel jabatan (icewarp) bermula 21 hingga 25 Julai 2021.

“Perjumpaan secara kaedah itu hanya dibenarkan kepada keluarga yang membuat tempahan sahaja menerusi dua kaedah iaitu panggilan telefon di penjara dan e-mel atau surat ke penjara berkaitan.

“Penjara-penjara berkenaan akan menetapkan tarikh dengan tempoh masa bergantung pada situasi semasa penjara tersebut.

“Penghuni juga dibenarkan gunakan kemudahan telefon prabayar yang disediakan bagi hubungi keluarga masing-masing sekiranya perlu,” katanya.

Orang ramai yang ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web Jabatan Penjara Malaysia www.prison.gov.my . - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago