KOMPLEKS Rawatan
Harian (ACC) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang sebelum ini
dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 akan dibuka semula pada Isnin, 30 Ogos 2021.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama-sama dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam telah datang ke hospital berkenaan bagi melaksanakan proses sanitasi dan dekontaminasi ACC yang dijalankan selama dua hari.
"Ia adalah proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan," katanya HTAR menerusi hantarannya dalam Facebooknya, pada Sabtu, 28 Ogos 2021.
Dalam masa sama, HTAR memaklumkan bagi
pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula dijangka bermula pada
September ini. - KitaReporters