Berita Terkini 03 Jul, 2021

Berita Terkini| Julai hingga September waktu sibuk dan kritikal PICK! 12 juta dos akan tiba - KJ

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


TEMPOH tiga bulan akan datang bakal menjadi waktu yang sangat sibuk dan kritikal bagi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin berkata, dalam tempoh berkenaan, Malaysia bakal menerima bekalan dos vaksin dalam jumlah sangat besar, mulai bulan Julai ini hingga September.

Jelas beliau, jumlah vaksinasi yang dicatatkan sejak PICK mula dilaksanakan pada Februari lalu ialah sekitar lapan juta dos.

"Tetapi bagi Julai ini sahaja, kita bakal menerima bekalan vaksin lebih 12 juta dos. Sudah pasti Julai akan menjadi tempoh yang genting buat PICK apabila kapasiti pemberian vaksin ditingkatkan di seluruh negara.

"Bagi memastikan cabaran pada bulan-bulan mendatang dilalui dengan teratur dan lancar, kapasiti vaksinasi di seluruh negara akan ditingkatkan dengan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Sabtu, 3 Julai 2021.

Dalam pada itu beliau menambah, tenaga kerja kesihatan dan sukarelawan akan ditambah.

“Ketika ini, sebanyak 1,400 PPV sedang beroperasi di seluruh negara, selain PPV dalam pelbagai bentuk serta saiz, termasuk secara sementara di perkampungan Orang Asli.

"Kita turut membuka PPV di rumah ibadat, sekolah, universiti, dewan komuniti, tempat kerja, kawasan perladangan dan restoran, selain berteraskan konsep pandu lalu," katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, usaha giat juga sedang dilakukan bagi memastikan tempahan vaksin CanSino oleh Malaysia berupaya dihantar pada bulan Julai ini. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago