Berita Terkini 09 Jul, 2021

Berita Terkini| Wad Covid-19 di parkir Hospital ATM Tuanku Mizan! Tampung pesakit kategori 4, 5!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

DMZ menampung keperluan rawatan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. - Kredit gambar: Markas ATM


RUANG parkir Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) kini berubah menjadi 'wad sementara' bagi menampung pesakit Covid-19 kategori empat dan lima yang semakin meningkat di Lembah Klang.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ruang parkir bawah itu sememangnya ruang yang digazetkan sebagai Zon Pengurusan Bencana (DMZ) yang direka khas ketika awal pembinaan hospital itu bagi menghadapi kes bencana kimia dan biologi.

"Ia juga disokong dengan faktor kemudahan sedia ada yang terbina di kawasan berkenaan daripada aspek bekalan kuasa elektrik, bekalan oksigen, 'vacuum ports' dan bantuan sokongan perubatan yang mampu mengendalikan pesakit dengan kapasiti yang bersesuaian.

"DMZ berkeupayaan menyediakan 50 katil tambahan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Memerintah HATTM Brigadier Jeneral Datuk Dr Rosman Ab Rahman dan Lt Kol Dr Mohamad Azlan Arrifin sebagai Komander Operasi," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada Jumaat, 9 Julai 2021.

Persiapan DMZ yang siap sepenuhnya Khamis, 8 Julai 2021, turut dibantu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“DMZ ini akan beroperasi sepenuhnya untuk menerima pesakit Covid-19 bagi kategori empat dan lima hari ini (Jumaat, 9 Julai 2021)," katanya . - KitaReporters



2
0
2
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago