Berita Terkini 25 Aug, 2021

Berita Terkini| 30 individu di Kelantan dirujuk pakar kesihatan mental! Tempoh wabak Covid-19!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan… Hanya 0.07 peratus sahaja rakyat Kelantan dirujuk kepada pakar kesihatan mental sepanjang Mac 2020 hingga 31 Julai 2021. - Kredit foto: Azlan Zamhari


KAJIAN tahap kesihatan mental rakyat Kelantan dalam tempoh pandemik Covid-19 menunjukkan hanya 30 orang sahaja atau 0.07 peratus daripada 44,003 responden perlu dirujuk kepada pakar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata pengurusan kesihatan mental semasa pandemik diselaraskan melalui Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

“Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang bermula Mac 2020 sehingga 31 Julai 2021, seramai 44,003 telepsikososial yang dilakukan kepada pesakit Covid-19 dan kontak pesakit Covid-19 (PUS).

“Namun daripada jumlah itu hanya 30 orang sahaja memerlukan rujukan kepada pakar psikiatri dan tiada kes bunuh diri dilaporkan. Kesihatan mental penduduk di negeri ini dalam keadaan baik,”

katanya dipetik daripada laporan Harian Metro pada 25 Ogos 2021.

Tambah beliau, pengurusan kesihatan mental dilaksanakan itu melibatkan tiga kategori iaitu pesakit Covid-19, kontak rapat pesakit dan petugas barisan hadapan. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago