Berita Terkini 27 Aug, 2021

Berita Terkini| Kabinet baharu! 31 menteri dan 38 timbalan! 4 bekas menteri dilantik semula!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan Berita Harian, antara Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya; dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Selain itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula yang sebelum ini memegang Menteri Luar Negeri bertukar portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Hishammuddin juga kekal sebagai Menteri Kanan (Pertahanan).

Pemilihan Jemaah Menteri kali ini turut menyaksikan empat bekas menteri dilantik semula memegang jawatan.

Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dibantu oleh Timbalan Menteri, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Datuk Seri Shahidan Kassim yang sebelum ini pernah dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, manakala bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerajui Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Satu lagi nama pemimpin veteran ialah Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Dalam masa sama, tiga nama tidak dilantik semula ke jawatan iaitu Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tempatnya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diisi Ahli Dewan Negara, Idris Ahmad; Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, digantikan Datuk Dr Zuraidah Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri Tugas-tugas Khas, digantikan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Sebelum ini, Zuraidah menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala Abdul Latif di Kementerian Pembangunan Luar Bandar. - KitaReporters







0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago