Berita Terkini 03 Aug, 2021

Berita Terkini| Kit ujian kendiri Covid-19 sebagai barang kawalan! Bagi tak bebankan rakyat!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... KPDNHEP kini dalam proses bagi senaraikan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai barang kawalan


Kit ujian kendiri Covid-19 bakal disenaraikan dalam kategori senarai barang kawalan bagi memastikan rakyat tidak terbeban untuk dapatkan peralatan berkenaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan semua yang berkaitan bagi realisasikannya.

“Harga seunit kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran kini difahamkan cecah RM39.90. Tentunya kadar ini agak membebankan rakyat, apatah lagi bagi isi rumah yang perlukan lebih dari satu unit.

“Jadi kita kini sedang membuat advokasi dengan pengilang, pengimport, penjual dan semua pihak berkaitan bagi dapatkan harga munasabah yang tidak merugikan peniaga serta tidak bebankan rakyat.

“Setelah disenaraikan sebagai barangan kawalan kelak, ia diharapkan mampu dibeli semua orang tanpa bebankan rakyat atau mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan  LKTP Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu pada 3 Ogos 2021.

Terdahulu Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu meninjau perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Bas.

Katanya lagi, selain berusaha senaraikan kit ujian kendiri sebagai harga kawalan kementeriannya juga berperanan pastikan kit ujian kendiri di pasaran tiada yang tiruan sekali gus pastikan pengguna tidak terjerumus membeli barangan tiruan. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago