Berita Terkini 28 Sep, 2021

Berita Terkini| Atendan pam berumur 72 tahun jadi jutawan sekelip mata! Menang cabutan BSN SSP!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Warga emas berusia 78 tahun, Rasathurai Chelliah antara warga emas pernah diumumkan sebagai jutawan bagi cabutan istimewa BSN SSP. - Kredit foto: Harian Metro 


SEORANG atendan pam  berasal dari Bedong, Kedah bergelar jutawan setelah muncul salah seorang pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi Jun 2021.

Memetik laporan Berita Harian, 28 September 2021, BSN menerusi satu kenyataan memaklumkan pemenang berusia 72 tahun itu sehingga kini masih lagi meneruskan simpanan walaupun telah menjadi jutawan.

“Pemenang tersebut  turut mengajak orang ramai terutama golongan muda untuk turut menyimpan dalam SSP.

“Menerusi siri cabutan sama, jutawan Jun kedua ialah seorang pesara berusia 82 tahun  berasal dari Kuala Lumpur. Beliau menekankan pentingnya menyimpan dari awal dan secara konsisten demi kemudahan pada masa hadapan.

“BSN meneruskan pencarian jutawan menerusi Cabutan Istimewa SSP yang berpeluang memenangi RM1 juta,” katanya.

Kenyataan turut memaklumkan empat lagi penyimpan SSP dinobatkan sebagai jutawan bagi Jun sehingga Ogos 2021 menjadikan jumlah terkini jutawan SSP seramai sembilan orang daripada 14 orang jutawan keseluruhannya.

“Semua pemenang bagi cabutan bagi tempoh Jun hingga Ogos terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum dan umur yang berbeza antara 17 tahun hingga 82 tahun.

“Bagi Cabutan Istimewa BSN SSP Julai 2021, seorang pelukis pelan berusia 38 tahun dari Padang Temu, Melaka membawa pulang RM1 juta

"Manakala, jutawan bagi Ogos pula adalah seorang pesara berusia 59 tahun yang juga berasal dari Melaka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata sehingga September 2021, jumlah penyimpan BSN SSP dicatatkan adalah lebih empat juta orang dengan jumlah simpanan melebihi RM4.3 bilion. - KitaReporters


14
10
0
11
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago