Berita Terkini 17 Sep, 2021

Berita Terkini| KWP wujudkan pusat transit khusus! Bagi tempatkan gelandangan bermasalah mental!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang mewujudkan pusat transit khusus bagi menempatkan gelandangan yang mempunyai masalah mental di Kuala Lumpur.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji kawasan yang sesuai untuk menempatkan golongan berkenaan.

Pusat transit berkenaan apabila siap nanti akan diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Ketika ini kita tiada pusat khusus untuk menampung mereka yang menghidap masalah mental dalam kalangan gelandangan di Kuala Lumpur.

“Ini adalah perancangan jangka masa panjang untuk kenal pasti kawasan atau bangunan untuk dijadikan pusat rawatan masalah mental dan kajian sedang dibuat sekarang," katanya seperti dipetik Bernama, Jumaat, 17 September 2021.

Rumah tumpangan gelandangan sedia ada ketika ini tidak sesuai menempatkan golongan yang mempunyai masalah mental kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada penginap di rumah transit sedia ada.

Jalaluddin berkata kementerian berkenaan akan mengambil contoh pengurusan pusat transit gelandangan mental di Melaka dan akan diguna pakai di Kuala Lumpur. - KitaReporters


11
9
0
11
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 weeks ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 weeks ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 weeks ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 weeks ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 weeks ago