Gambar hiasan... Membuat panggilan palsu adalah satu kesalahan. - Kredit foto: gambar Internet
SEORANG lelaki berusia 31 tahun dicekup oleh polis gara-gara membuat panggilan palsu berhubung kes tembak dan bunuh di Kampung Kolam Abu, Machang.
Suspek
ditahan kira-kira jam 1 pagi pada 12 September di sekitar kawasan lokasi dilaporkannya
berlaku kejadian tembak dan bunuh berkenaan.
Ketua Polis
Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata terdahulu Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kelantan menerima satu panggilan memaklumkan berlakunya kejadian
tembak dan bunuh di kampung itu.
“Panggilan diterima
jam 11.21 malam pada 11 September 2021. Pemanggil memaklumkan mangsa sudah
meninggal dunia manakala suspek pula melarikan diri.
“Maklumat
segera disalurkan ke Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang sebelum sepasukan pegawai dan anggota terus ke
lokasi kejadian.
“Bagaimanapun,
hasil pemeriksaan dijalankan tidak menemui sebarang tanda atau apa-apa yang disabitkan
dengan kejadian dilaporkan itu,” katanya dipetik laporan Berita Harian
bertarikh 12 September 2021.
Tambah beliau,
kejadian dilaporkan ternyata palsu manakala suspek ditahan oleh polis di kawasan
sekitar dan direman selama tiga hari bermula tarikh ditangkap dengan kes disiasat
mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan (KK).
Katanya lagi,
hasil ujian saringan dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki lima rekod lampau berkait dadah serta jenayah. - KitaReporters