Berita Terkini 18 Sep, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Suntikan vaksin Orang Asli selesai Nov 2021! Lebih 90k telah disuntik!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Lebih 90,000 Orang Asli di negara ini sudah terima suntikan vaksin. - Kredit foto: Bernama


PROSES suntikan vaksin Covid-19 jenis CanSino bagi komuniti Orang Asli seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya November 2021.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata bagaimanapun sekiranya bekalan vaksin yang dipohon cepat diperoleh proses vaksin tersebut dapat dipercepatkan pada Oktober 2021.

“Kita mempunyai seramai 144,180 masyarakat Orang Asli di negara ini dan sehingga 18 September 2021,  lebih 90,000 orang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Pihak kementerian telah memohon bekalan vaksin jenis CanSino sekitar 50,000 hingga 70,000 dos untuk kegunaan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

“Suntikan untuk remaja Orang Asli berusia 12 hingga 18 tahun juga akan turut dilakukan sebagaimana disarankan kerajaan bagi membolehkan mereka ikuti sesi persekolahan secara bersemuka," katanya yang dipetik laporan Sinar Harian, 18 September 2021.

Abdul Rahman turut memaklumkan program vaksinasi untuk Orang Asli turut mendapat sokongan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. - KitaReporters


12
10
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago