Berita Terkini 22 Sep, 2021

Berita Terkini| Orang Perak 18 tahun ke atas tak perlu janji temu vaksin! Walk in terus ke PPV!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan…S ebanyak 85.7 peratus penduduk di Perak berusia 18 tahun ke atas telah menerima satu dos vaksin setakat 20 September 2021. - Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia


INDIVIDU berumur 18 tahun ke atas di Perak yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh segera ke pusat pemberian vaksin (PPV) secara ‘walk in’ atau jumpa terus tanpa perlu janji temu MySejahtera.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata terdapat sebanyak 22 PPV menyediakan perkhidmatan berkenaan di seluruh negeri dan pemberian vaksin secara jumpa terus itu dilaksanakan hingga 31 Oktober 2021.

“Ada dalam kalangan penduduk kecewa kerana belum mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera bagi menerima vaksin tanpa mengetahui mereka sebenarnya boleh mendapatkannya secara terus di PPV berkenaan.

“Mereka tidak perlu lagi menunggu tarikh janji temu sebaliknya boleh datang sahaja ke mana-mana PPV,” katanya seperti dipetik laporan Sinar Harian, 22 September 2021.  

Tambah beliau, hingga 20 September 2021 direkodkan seramai 1.55 juta atau 85.7 peratus penduduk Perak berusia 18 tahun ke atas menerima satu dos vaksin. - KitaReporters


17
10
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago