Berita Terkini 02 Jul, 2021

Berita Terkini| Sah! Nor Zamani dilantik KP baharu Pendidikan! Isteri kepada Menteri Kesihatan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 

Antara ucapan tahniah atas pelantikan Nor Zamani sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


DATIN Seri Nor Zamani Abdol Hamid, 59, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang baharu berkuat kuasa 22 Jun 2021 lalu.

Pelantikan beliau yang juga isteri kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba merupakan KPPM ke-18 dan wanita ketiga diberi tanggungjawab menggalas jawatan tersebut.

KPM menerusi satu kenyataan pada 2 Julai 2021 memaklumkan Nor Zamani berkelulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi serta ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti Malaya.

“Beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tungku Kurshiah, Negeri Sembilan. Dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM.

“Antara jawatan pernah disandang ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) serta Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta.

“KPM yakin beliau dapat galas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya tingkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara,” menurut kenyataan itu. KitaReporters


1
0
0
1
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago