Berita Terkini 02 Aug, 2021

Berita Terkini| Tiada bayaran urus jenazah Covid-19! Urusan tanah kubur saja perlu bayar - JAIS

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

PENGARAH JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan, bayaran hanya dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan, termasuk kos membuat keranda jika perlu. - Kredit foto: Facebook Dr Noor Hisham Abdullah


JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pihak keluarga atau waris bagi setiap pengurusan jenazah pesakit Covid-19.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan, bayaran hanya dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan, termasuk kos membuat keranda jika perlu.

"Bayaran itu akan terus dibayar oleh keluarga atau waris kepada pihak pengurusan tanah perkuburan berkenaan.

"JAIS juga hanya akan menguruskan jenazah pesakit Covid-19 yang disahkan oleh pihak hospital sahaja dan perkara memaklumkan mengenai kematian pesakit Covid-19 dan kehadiran waris ke hospital adalah di bawah urusan pihak hospital," katanya dalam dalam kenyataan pada Isnin, 2 Ogos 2021.

Sehubungan itu katanya, JAIS juga turut menetapkan tanah perkuburan yang sesuai bagi urusan jenazah untuk kemudahan semua pihak.

Dalam pada itu katanya, JAIS mengambil perhatian serius terhadap beberapa dakwaan dan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai pengurusan jenazah Covid-19 di Selangor.

Katanya adalah menjadi tanggungjawab JAIS memastikan urusan hal ehwal umat Islam di Selangor diurus sebaiknya termasuklah dalam hal membantu menguruskan kematian orang Islam. - KitaReporters


 JAIS juga hanya akan menguruskan jenazah pesakit Covid-19 yang disahkan oleh pihak hospital sahaja dan perkara memaklumkan mengenai kematian di bawah urusan pihak hospital. - Kredit foto: Utusan Malaysia

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago