Berita Terkini 13 Jul, 2021

Berita Terkini| UiTM kurangkan yuran konvokesyen! Bagi 3 sesi! Ambil kira keadaan semasa graduan

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) melaksanakan pengurangan yuran konvokesyen bagi tiga sesi iaitu sesi 93, 94 dan 95 yang dikenakan kepada semua graduan bagi peringkat pengajian ijazah dan diploma.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Nora Noordin berkata, pengurangan sebanyak RM40 itu dibuat oleh pengurusan tertinggi universiti itu selepas mengambil maklum situasi semasa dan jumlah bagi semua graduan adalah bernilai RM3 Juta.

"Pengurangan yuran konvokesyen ini diberi secara automatik kepada semua peringkat pengajian ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, program profesional dan diploma.

"Ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang perlu dibayar oleh graduan yang mana kadar yuran konvokesyen yang dikenakan kepada graduan pada setiap sesi konvokesyen adalah antara RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian.

"Melalui pengurangan itu, graduan perlu membayar antara RM110 hingga RM190 sahaja," katanya dalam kenyataan di Shah Alam pada Selasa, 13 Julai 2021.

Sementara itu, graduan yang sudah membuat bayaran yuran konvokesyen akan dimaklumkan untuk mengisi e-Borang Pemulangan Yuran Konvo ke-93 bagi pemulangan RM40.

Bagi mendapat maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my . - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago