Berita Terkini 18 Sep, 2021

Berita Terkini| Tabung surau dipecahkan pencuri! Wang derma sepanjang PKP sejak Jun 2021 lesap!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Jumlah sebenar wang dilarikan pencuri yang memecahkan tabung Surau Al-Huda, Taman Inderapura, Jerantut tidak dapat dipastikan. - Kredit foto: Ihsan penduduk


AHLI jemaah Surau Al-Huda Taman Inderapura, bandar Jerantut, Pahang terkejut setelah mendapati tabung surau berkenaan dipecahkan oleh pencuri yang menceroboh masuk dalam kejadian 17 September 2021.

Pengerusi Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Taman Inderapura (Bakkti), Rahmat Yusof berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku selepas solat zohor hingga menjelang waktu asar.

"Kejadian hanya disedari ahli jemaah surau ketika hendak memulakan solat asar setelah melihat Tabung Bakkti Surau Al-Huda pecah dan wang di dalamnya lesap.

"Jumlah wang terkumpul dalam tabung ini tidak dapat dipastikan nilainya namun dipercayai banyak kerana ia hasil sumbangan ahli kariah surau dan dermawan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak empat bulan lalu.

"Jawatankuasa surau masih belum membuka tabung itu untuk melakukan kiraan wang memandangkan masih pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan kehadiran jemaah surau terhad," katanya dipetik laporan Utusan Malaysia, 18 September 2021.

Ujarnya, laporan polis telah dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut jam 5.15 petang pada hari kejadian dan polis melakukan siasatan serta pemeriksaan dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV).

Tambah beliau lagi, susulan kejadian tidak diingini itu jawatankuasa pengurusan surau akan memasang dua unit  CCTV lagi di luar surau sebagai langkah kawalan serta jaminan keselamatan pada masa akan datang. - KitaReporters 


26
22
0
17
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago