Berita Terkini 14 Nov, 2019

HEBATNYA PERMATA HATI RAKYAT MALAYSIA!

@zamzurina ahmad
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan berpengalaman selama 11 tahun dengan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

Share this
RAJA PERMAISURI AGONG terus diiktiraf apabila dunia turut memberi pengakuan ke atas kesungguhan baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam memartabatkan seni warisan kraf negara. Dan tidak hairanlah apabila World Craft Council (WCC) kali ini sempena 3rd International Craft Awards 2019 (ICA) menganugerahkan Tunku Azizah sebagai Craft Icon Of The Year. : KitaReporters.com



Tunku Azizah adalah pilihan yang tepat malah lebih daripada itu apabila umum menyaksikan sendiri usaha serta kegigihan baginda dalam mengangkat seni warisan bangsa ini pada kelasnya tersendiri.

Lihat sahaja pada fabrik tenun yang diangkat dengan diberi nafas baharu oleh baginda yang dimasyhurkan sebagai Tenun Pahang Diraja pada 8 Mei 2006.

Sungguhpun demikian baginda tidak pernah sesekali bermegah malah dengan penuh keluhuran budi mendedikasikan penghormatan tersebut kepada Pahang.

Menerusi ciapan baginda dalam aplikasi Twitter peribadi, Tunku Azizah cukup terharu dan sangat menghargai pengiktirafan sedemikian.

"A recognition by The World Craft Council is indeed an honour for me... i am much humbled! I will go to Delhi on 7th December to recieved this prestigous award! My gift to Pahang."

Anugerah itu akan disampaikan pada majlis ICA di GMR Aerocity, New Delhi pada 7 Disember, sempena Minggu Kraf India dari 4 hingga 8 Disember 2019.

Rata-rata warganet cukup berbangga atas usaha dan pencapaian baginda yang ada antaranya memuatkan ciapan menyatakan baginda berhak dianugerahkan penghormatan sedemikian.

"Oh my queen, Tuanku doesn't need to give Pahang any gift because you already are the most wonderful gift and a blessing not just Pahang citizens but to all Malaysia."

Pada 5 November 2019 turut tular dalam media sosial video Tunku Azizah dengan bangganya mempromosikan seni kraf Malaysia kepada perwakilan pada 7th ASEAN Traditional Textiles Symposium di Yogyakarta, Indonesia.

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bercemar duli memberi tunjuk ajar kepada pelajar di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja di Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

3
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago