Terkini 09 Nov, 2019

BILA ULAR TEDUNG KEJAR ULAR RUSUK KERBAU...

@abdul rashid abdul rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

0

Share this
BAGAIMANAKAH nasib seorang pemandu kereta sekiranya dua ekor ular berbisa iaitu tedung selar dan ular rusuk kerbau yang berada dalam enjin kereta memasuki ke dalam keretanya ketika dia sedang memandu.


Jika tidak terkena patukan berbisa ular berkenaan mungkin ia akan menjadi punca kemalangan kerana terkejut dengan kehadiran ular berkenaan. 

Justeru pemilik kereta berkenaan harus bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada seorang anggota bomba yang ternampak dua ekor ular berbisa berkenaan memasuki enjin keretanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang  di Kampung Bukit Kapor, Jelu di Raub, Pahang pada Khamis (7/11/2019) lalu, seorang anggota bomba yang tinggal di kawasan berhampiran ternampak seekor ular tedung selar sepanjang 12 kaki mengejar seekor ular rusuk kerbau 5 kaki.

Ular berkenaan kemudian memasuki ke bahagian enjin kereta jenis Honda Civic yang diletakkan berhampiran sebuah Klinik Kesihatan sebelum anggota bomba yang menyaksikan kejadian menghubungi balai bomba berhampiran.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, empat anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan mengambil masa kira-kira 10 minit menangkap ular berkenaan.

"Semasa tangkapan ular tedung selar berkenaan agak agresif dan bomba berjaya menangkap kedua-dua ekor ular berkenaan menggunakan penjerut,"katanya.

You will be interested

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA..

Tujuh pelatih CCRC Sg. Ruan, Raub, Pahang meloloskan diri daripada pusat berkenaan, namun empat berjaya diberkas semula dalam masa 24 jam, manakala tiga lagi terus diburu

KEMATIAN SUAMI ISTERI BERUSIA CETUS SPEKULASI

Kebakaran sebuah unit apartment di Taman Meru Impiana di Jelapang dekat Ipoh, Perak hari ini (24/11/2019) telah mengorbankan sepasang suami isteri yang ditemui rentung
Asliza Musa in Terkini 1 week ago

16 ANGGOTA POLIS 'KANTOI' DADAH DI PERAK

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, daripada 431 orang yang telah diperiksa itu, seramai 16 pegawai dan anggota ditangkap atas pelbagai kesalahan termasuk menagih dadah.
Asliza Musa in Terkini 2 weeks ago

'BERGELUT' TANGKAP ULAR TEDUNG DI SILING

Dalam kejadian di Kampung Batu Talam di Raub, Pahang pada Khamis (20/11/2019) lalu, sebuah keluarga digemparkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar di atas siling bilik rumah
Abdul Rashid Abdul Rahman in Terkini 2 weeks ago

BILA KETUA POLIS DAERAH 'SCAM' MACAU SCAM

Sindiket penipuan Macau Scam pula kena scam apabila individu yang mahu diperdayakan melalui panggilan telefon itu adalah seorang pegawai kanan polis
Asliza Musa in Terkini 2 weeks ago
v