Berita Terkini 12 Sep, 2021

Berita Terkini| Pegawai polis pangkat ACP meninggal akibat kesan Covid-19! Sindrom ‘Long Covid’!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

ACP Ramlan Abdul Razak meninggal dunia setelah mengalami sindrom 'Long Covid'  selepas sembuh daripada pandemik Covid-19


KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak meninggal dunia jam 1.35 pagi, 12 September 2021 akibat kesan sampingan dan berpanjangan selepas dijangkiti Covid-19.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Mat Yusop, berkata arwah yang berusia 59 tahun dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada 8 Ogos 2021 setelah disahkan positif Covid-19.

“Arwah dimaklumkan telahpun sembuh namun mengalami sindrom ‘Long Covid’. Beliau disahkan meninggal dunia jam 1.35 pagi akibat Covid-19 (with secondary infection).

“Kita amat merasai kehilangannya kerana arwah seorang pegawai polis yang komited dalam tugasan selaian begitu berpengalaman dalam urusan siasatan jenayah.

"Segala kebajikan ahli keluarga akan kami santuni mengikut keperluan semasa,” katanya dipetik laporan oleh Berita Harian bertarikh 12 September 2021.

Ujarnya lagi, arwah  yang mempunyai 10 anak dan isteri menetap di Seremban berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun sepatutnya menamatkan perkhidmatan secara bersara wajib pada 9 Oktober 2021 ini.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Surau IPK Negeri Sembilan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang. - KitaReporters


13
13
1
4
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 1 month ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 1 month ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 1 month ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 1 month ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 1 month ago