Berita Terkini 27 Sep, 2021

Berita Terkini| Lelaki rentung terperangkap di dalam rumah! Mayat ditemukan di dalam bilik air!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SEORANG lelaki rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di kediamannya di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, Sabah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi Isnin, 27 September, mangsa Abdul Rahman Abu, 38, yang dipercayai tinggal seorang diri ditemukan dalam keadaan rentung di dalam bilik air di rumahnya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 pagi sebelum dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah (BBP) Kimanis dan BBP Beaufort dikerah ke lokasi kejadian.

"Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dan terbakar 90 peratus dan mayat  mangsa ditemukan di ruang bilik mandi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya seperti dipetik Sinar Harian, Isnin, 27 September 2021.

Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3.48 pagi dan usaha memadamkan api sepenuhnya terus dilakukan. - KitaReporters


13
6
1
5
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago