KEDAI komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa mulai Jumaat, 16 Julai 2021.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, kebenaran itu
diberikan setelah mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa dan tenaga
pengajar.
“Kebenaran itu untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa gangguan.
“Berikutan pandemik Covid-19 telah mengubah cara
pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan PdPR secara dalam talian,” katanya dalam
kenyataan pada Khamis, 15 Julai 2021.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga bersetuju untuk
membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat
kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan
profesional. - KitaReporters
KEBENARAN itu bagi memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan.