Berita Terkini 07 Jul, 2021

Berita Terkini| Shopee jamin penghantaran tak terjejas! Teruskan operasi selepas dikompaun RM10k!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

SYARIKAT e-dagang itu memaklumkan akan terus beroperasi berpandukan SOP yang ditetapkan. - Kredit foto: campaignasia.com


SHOPEE memberi jaminan penghantaran bungkusan dari gudangnya tidak terjejas susulan pemeriksaan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

Syarikat e-dagang itu menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya akan terus beroperasi berpandukan SOP yang ditetapkan dan komited untuk menguatkuasakan semua langkah pencegahan yang telah dilaksanakan sejak Mac tahun lalu, demi keselamatan pekerja barisan hadapan dan pembeli.

Langkah itu termasuk pembasmian kuman di gudang dan hab sebelum setiap syif, pemeriksaan suhu badan terhadap semua pekerja gudang dan penghantar Shopee Express sebelum memasuki premis atau memulakan penghantaran serta penghantaran tanpa sentuh.

"Kami berharap kenyataan ini akan memberi penjelasan mengenai perkara ini dan pelanggan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan keperluan anda dengan selamat di rumah," katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Rabu, 7 Julai 2021.

Sabtu 3 Julai 2021 lalu, pasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menjalankan pemeriksaan pemantauan SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 49 lokasi berasingan dalam bidang kuasa mereka, termasuk gudang Shopee di Shah Alam.

"Satu isu sudah dikenal pasti di gudang kami. Ia disebabkan oleh kesalahfahaman SOP berkenaan pendaftaran pekerja sambilan harian dalam Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS). Akibatnya, Shopee dikompaun RM10,000," katanya. - KitaReporters


Shopee memperkukuhkan infrastruktur logistik untuk menyokong permintaan e-dagang yang meningkat.  Kredit Foto: CNN Indonesia 


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago