Berita Terkini 05 Jul, 2021

Berita Terkini| Isu kebun durian haram: Kerajaan Pahang tak kompromi ! Teroka tanah secara haram!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

WAN ROSDY WAN ISMAIL secara tegas menyatakan tidak akan berkompromi dengan pekebun yang meneroka tanah kerajaan secara haram. - Kredit foto: Facebook Wan Rosdy Bin Wan Ismail


KERAJAAN Negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan pekebun-pekebun haram yang meneroka tanah secara haram di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail berharap para pekebun haram dapat memberi kerjasama kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas mereka untuk membasmi kebun haram.

“Saya mendoakan para penguat kuasa yang menjalankan tugas membasmi penerokaan tanah haram diberi kekuatan untuk terus mempertahankan tanah Pahang daripada dicerobohi peneroka haram.

“Kerajaan negeri juga berharap, kerjasama dapat diberikan oleh semua pihak terutama dalam kalangan petani-petani haram berkaitan penanaman durian Musang King di daerah Raub,” katanya menerusi catatan Facebooknya, Wan Rosdy pada Isnin, 5 Julai 2021.

Terdahulu, Pahang Media melaporkan seramai 18 individu yang disyaki sebagai peneroka durian haram telah ditahan kerana memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Batu Talam tanpa kebenaran dan melakukan provokasi melampau kepada Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pasukannya berdepan detik sukar dan cemas ketika berdepan dengan pekebun durian haram yang tidak mahu memberi kerjasama.

Kesemua mereka kini direman dua hari sehingga Selasa, 6 Julai 2021 apabila keputusan dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Raub. - KitaReporters


Seramai 18 pekebun tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 11 pagi pada Isnin, 5 Julai 2021. - Kredit Foto: Sinar Harian

8
1
0
0
2
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago