Berita Terkini 19 Aug, 2021

Berita Terkini| Bekas Rektor kedua UIAM, Dr. Abdul Hamid A Abu Sulayman meninggal! Di Riyadh!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this


BEKAS Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kedua, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Hamid A. Abu Sulayman meninggal dunia pada umur 85 tahun. 

Allahyarham meninggal dunia pada Rabu, 18 Ogos 2021 di sebuah hospital di Riyadh, Arab Saudi akibat penyakit yang dialaminya. 

Allahyarham dilahirkan di Mekah, Arab Saudi pada tahun 1936. 

Allahyarham dilantik menjadi Rektor kedua UIAM dari 1988 hingga 1998. Pada 2008, Allahyarham dianugerahkan Doktor Falsafah Kehormat dalam Pendidikan dari UIAM.

Sepanjang tempoh sedekad Allahyarham menjadi Rektor UIAM, beliau banyak terlibat dalam pembangunan akademik dan perkembangan kampus serta menjalinkan kerjasama dengan universiti-universiti yang terkemuka di dunia. 

Allahyarham juga banyak menghasilkan jurnal-jurnal dan penerbitan buku ilmiah.



Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar buat UIAM sendiri. 

Ini kerana, katanya, Allahyarham memberikan sepenuh jiwanya dalam membangunkan dunia akademia dan membangunkan UIAM dalam acuannya sehingga UIAM menempa nama pada peringkat antarabangsa.

“Allahyarham adalah seorang pemimpin yang berkaliber, beliau dianggap sebagai seorang bapa, pemikir, sarjana dan seorang yang suka bekerja dalam satu pasukan dalam organisasi. 

"Allahyarham juga mudah didekati dan banyak memberikan nasihat. Bagi pihak UIAM juga, saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” kata Dr Mohd Daud lagi.

Sementara itu, Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, pemergian Allahyarham adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan bagi warga UIAM serta alumninya juga turut bersedih kerana kehilangan seorang pemimpin dan guru yang sangat berdedikasi dalam menjalankan urusan pentadbiran dan dalam bidang akademik dan kesarjanaan.

“Kami seluruh warga UIAM merasa amat sedih dengan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, semestinya pemergian Allahyarham banyak memberikan kesan kepada alumni, kakitangan dan pelajar UIAM. 

"Sepanjang kepimpinan beliau, Allahyarham telah banyak meninggalkan legasi kepimpinan dan kini ia diteruskan.” - KitaReporters


0
0
2
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago