Berita Terkini 24 Aug, 2021

Berita Terkini| Pahang benarkan semula pasar malam! Pengunjung lengkap vaksin sahaja dibenarkan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KERAJAAN negeri Pahang membenarkan pasar malam, jualan pakaian terpakai atau kasut terpakai dan jualan but kereta kembali beroperasi bagi pengunjung yang sudah lengkap vaksinasi di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Rahim Muda berkata, pengunjung perlu menunjukkan sijil digital lengkap dua dos vaksinasi Covid-19 dalam aplikasi MySejahtera serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Waktu operasi yang ditetapkan bagi pasar malam bermula 3 petang sehingga 9 malam bermula Selasa, 24 Ogos 2021 dan bilangan peniaga berdasarkan 50 peratus daripada kapasiti peniaga sedia ada untuk sesuatu tapak. Hanya peniaga makanan dan minuman serta komoditi asas sahaja dibenarkan secara penggiliran.

“Pengunjung diingatkan supaya tidak makan atau minum di gerai serta kawasan lapang atau tempat letak kereta berhampiran tapak pasar malam selain tiada perkhidmatan mencuba pakaian atau penukaran dibenarkan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Abd Rahim bagaimanapun menjeaskan, kanak-kanak dan individu berusia 70 tahun ke atas tidak digalakkan ke pasar malam, manakala bagi peniaga, had umur yang tidak digalakkan ialah 60 tahun ke atas.

“Ketetapan seperti menyediakan nombor giliran, pengawal keselamatan, memastikan penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka dan kod QR MySejahtera adalah diwajibkan.

“Jika terdapat pengunjung atau peniaga didapati positif Covid-19, tapak perniagaan akan ditutup selama tiga hari untuk kerja pembersihan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan secara berkala dan berharap penganjur dapat menubuhkan pasukan pemantau bagi memastikan pelanggan dan peniaga mematuhi SOP.  - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago