Berita Terkini 02 Oct, 2021

Berita Terkini| Kilang proses lilin, air mineral terbakar! Bomba padam kebakaran hampir 10 jam!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Kebakaran melibatkan dua buah kilang di Pasir Gudang, Johor. - Kredit foto: FB Ungku Ibrahim Ismail


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengambil masa hampir 10 jam bagi memadam kebakaran dua buah kilang di Jalan Masai Lama, Pasir Gudang dalam kejadian 1 Oktober 2021.

Ketua Zon 1 JBPM Johor, Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Tilmizi Mustapha berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran melibatkan kilang memproses lilin dan air mineral itu pada jam 9.18 malam.

“Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang bersama jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Terbrau dan BBP Johor Jaya.

"Setibanya di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan dua kilang masing-masing berkeluasan 70x200 kaki  yang terbakar hampir 80 peratus setiap satu.

“Bagi mengawal kebakaran dariapada merebak ke kilang bersebelahan, operasi pemadaman dilakukan di bahagian dalam, kiri dan kanan bangunan kilang berkenaan,” katanya dipetik laporan Bernama, 2 Oktober 2021.

Tambah beliau, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira setelah hampir 10 jam menjalankan operasi.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 7 pagi, 2 Oktober 2021 dan operasi masih dijalankan bagi memadam sisa api di kedua-dua kilang terlibat.

“Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” ujarnya. -KitaReporters


 

 

17
7
0
8
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 9 months ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 9 months ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 9 months ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 9 months ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 9 months ago