Berita Terkini 16 Jul, 2021

Berita Terkini| Lelaki dicekup buang kulit durian dekat kubur! Ops sampah haram kulit durian!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Longgokan kulit durian dibuang berhampiran perkuburan Sempan, Cheroh, Raub. - Kredit foto: FB  SWCorp Pahang


TINDAKAN seorang lelaki membuang kulit durian di kawasan persendirian berhampiran perkuburan Sempam, Cheroh, Raub pada 15 Julai 2021 menerima padah apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudian Hamid berkata  lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan oleh pegawai penguat kuasa SWCorp kira-kira jam 3 petang

“Hasil maklumat orang awam dan risikan, lelaki tersebut ditahan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa sisa kulit durian dalam operasi penguatkuasaan sampah haram kulit durian.

“Perbuatan melonggok dan melupuskan kulit durian di tempat tidak dibenarkan di kawasan persendirian satu kesalahan mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Berhubung kes ini, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun," katanya dipetik laporan Harian Metro, 16 Julai 2021.

Tambah Sharudin, hasil siasatan mendapati kira-kira satu tan kulit durian sudah dibuang di kawasan terbabit yang dipercayai turut dilakukan individu lain. - KitaReporters


You will be interested

Berita Terkini| Penerima boleh rakam proses vaksin! Sebagai bukti! Elak isu lama berulang- KJ

MENTERI Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin memberi kebenaran kepada rakyat rekod gambar, video ketika terima suntikan.

Berita Terkini| Kanak-kanak lelaki 17 bulan dipatuk ular! Meninggal dunia selepas 4 jam kejadian!

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 bulan  maut selepas empat jam dipatuk ular dalam kejadian di rumahnya di Rembau, Negeri Sembilan
News Editor 2 in Berita Terkini 3 hours ago

Berita Terkini| Anak gajah sesat diselamatkan Perhilitan! Alami luka kecil dipercayai digigit anjing!  

Seekor anak gajah betina yang tersesat masuk ke kawasan kampung dekat Pos Poi, Sungai Siput, Perak diselamatkan Perhilitan
News Editor 2 in Berita Terkini 3 hours ago

 Berita Terkini| Anggota Rela tembak mati jiran ditahan reman 7 hari! Mangsa, ditembak di dada!

Lelaki yang menembak mati kawan baik merangkap jirannya di Taman Raya, Wakaf Tapai Marang, Terengganu ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 Julai 2021
News Editor 2 in Berita Terkini 6 hours ago

Berita Terkini| Covid-19:  Peniaga durian cetus kluster baharu di Kelantan! Rentas negeri!  

Sekumpulan peniaga durian cetuskan kluster baharu Covid-19 di Kelantan. Rents negeri ke Selangor dan Johor, dapatkan serta hantar bekalan ‘raja buah’
News Editor 2 in Berita Terkini 7 hours ago