Berita Terkini 07 Jul, 2021

Berita Terkini| Teliti Inisiatif Sempadan Hijau Negeri! Wartakan sebagai HSK - Pemangku Raja!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mutafa Billah Shah bertitah, sebahagian kawasan itu perlu diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal .


KERAJAAN negeri Pahang dititahkan meneliti Inisiatif Sempadan Hijau Negeri yang melibatkan kawasan sempadan negeri sepanjang 1,087 kilometer dan selebar lebih kurang 500 meter yang merangkumi keluasan 54,350 hektar.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mutafa Billah Shah yang mengambil berat isu terhadap isu alam sekitar yang berlaku di negeri Pahang. 

Baginda bertitah, sebahagian kawasan itu perlu diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal manakala kawasan terlibat dengan tanah milik dibangunkan secara lestari selaras konsep Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, Tengku Hassanal bertitah, kawasan tersebut perlu menjadi kawasan perlindungan bagi hidupan liar, flora dan fauna sepenuhnya.

“Baginda mengutuk sekeras-keras aktiviti pemburuan haram, Jabatan Perhilitan perlu menjalankan penguatkuasaan dengan lebih tegas melindungi melindungi hidupan liar di Pahang.

“Kawasan strategik bagi hidupan liar, flora dan fauna seperti Taman Negara, Taman Negeri Endau Rompin, Hutan Lipur dan Hutan Rimba, Tasik Chini dan Tasik Bera, Bukit Fraser, gunung-ganang, kawasan tadahan air dan sungai, kawasan pantai dan pulau-pulau serta kawasan penempatan Orang Asli perlu dipelihara,” katanya dalam kenyataan di Kuantan pada Rabu, 7 Julai 2021.

Datuk Ahmad Khirrizal berkata, baginda juga bertitah kerajaan negeri perlu menggiatkan usaha untuk mengenal pasti sumber alternatif selain aktiviti pembalakan dan perlombongan sebagai hasil baharu kepada kerajaan negeri.

“Baginda juga mengalu-alukan pihak yang berminat untuk melabur di Pahang membawa idea baharu yang selari konsep ESG,”ujarnya.

Dalam masa sama, berhubung kait dengan dengan langkah pemuliharaan kawasan Rizab Biosfera UNESCO Tasik Chini, baginda telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri dan Pusat penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Baginda bertitah agar usaha pemuliharaan kawasan tersebut dengan penanaman pokok yang bersesuaian perlu disegerakan,” katanya. - KitaReporters



5
0
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago