Berita Terkini 03 Jul, 2021

Berita Terkini| 5 negeri beralih ke Fasa 2 PPN! Suami isteri PJJ dibenarkan rentas negeri, daerah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KELANTAN antara lima negeri yang memenuhi tiga nilai ambang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Kredit foto: Britania.com


LIMA negeri sudah memenuhi tiga nilai ambang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan berkuat kuasa Isnin,  5 Julai 2021. Negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri berkenaan memenuhi indikator nilai ambang kes harian terbaharu, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi.

"Oleh itu, dalam fasa dua membolehkan perluasan senarai positif sektor ekonomi," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Sabtu, 3 Julai 2021.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, pasangan jarak jauh (PJJ) dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri yang berada dalam Fasa 2 PPN. Bagaimanapun, ia masih perlu dapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, rentas negeri dan daerah juga dibenarkan bagi individu mempunyai kes kecemasan dan vaksinasi juga dengan kelulusan PDRM.

Beliau menjelaskan guru dan pelajar sekolah yang mengikuti kelas peperiksaan juga dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Selain itu, untuk sektor perdagangan yang dibenarkan beroperasi adalah kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta serta kedai gunting rambut.

"Pasar tani dan pasar pagi juga dibenarkan beroperasi serta jualan hanya terhad kepada enam komoditi utama sahaja," katanya. - KitaReporters

PASANGAN jarak jauh (PJJ) dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri yang berada dalam Fasa 2 PPN tetapi perlu dapat kelulusan PDRM.

1
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago