Alam & Sains 01 Mar, 2020

BANTU SAYA!! JELAJAH 65 NEGARA KAJI KERBAU

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this

BUKAN satu perkara mudah bergerak bersendirian untuk satu tempoh yang lama tetapi beliau sanggup melakukannya demi merealisasikan impian mewujudkan santuari khas untuk kerbau peliharaan di Malaysia. : KitaReporters


Dr Isma Nazom Abdul Hamid mahu mencari idea dan ilmu berkaitan kerbau ternakan dengan menjelajah ke 65 negara Asia dan Eropah. - Kredit foto: Dr Isma Nazom Abdul Hamid


Seorang pengkaji haiwan ternakan kerbau, Dr Isma Nazom Abdul Hamid, 45, mahu melihat Malaysia menjadi negara tunggal di Asia Tenggara memiliki Pusat Pemulihan dan Pembiakan Kerbau Bela Jinak Asia 'Bubalus Bubalis'

Baginya, hasrat itu tidak mustahil untuk direalisasikan kerana beliau sudah membuat perancangan rapi bagi tujuan itu dengan melakukan kembara solo ke negara-negara pilihan yang bermula pada 8 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada 7 Jun 2021.

"Santuari khas ini akan menghimpunkan segala fakta dan ilmu berkaitan haiwan ternakan ini yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu di sebelah Asia Tenggara ini. 

"Santuari yang bakal ditubuhkan ini juga mampu menghasilkan ribuan kilogram daging yang menjadi sumber protein utama rakyat, sekali gus mampu menyumbang kepada keselamatan makanan (food security) negara," katanya dalam satu sidang media di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Isma Nazom (tengah) bersama rakannya selepas sidang media Ekspedisi Solo Asia Tenggara dan Eropah di Temerloh


Beliau yang memiliki kerjaya sebagai pensyarah bebas di institusi pengajian tinggi itu akan membuat kajian lebih menyeluruh mengenai haiwan berkenaan dengan menjelajah ke 65 negara Asia dan Eropah merentasi laluan sepanjang 350,000 kilometer dalam tempoh satu tahun.

Menurutnya, ekspedisi secara solo itu akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan menggunakan sekurang-kurangnya lima kamera.

Pastinya ia bukan misi pelancongan biasa sebaliknya penuh dengan pencarian ilmu berkaitan haiwan ternakan ini.

Syabas doktor!!


"Saya akan mencari pengalaman baru dengan mendalami ilmu berkaitan haiwan ternakan ini dan mendokumentasikan segala maklumat yang diperolehi dalam bentuk dokumentari, buku, video dan jurnal," katanya.

Beliau berkata, antara negara Asia yang akan dijelajah ialah Thailand, Myanmar, Bangladesh, Nepal, Bhutan, India, dan Pakistan.

"Seterusnya ke negara Timur Tengah seperti  Afghanistan, Tajikistan, Kyrgystan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, dan  Iran.

"Selepas itu ke negara Eropah seperti Bulgaria, Greece, Serbia, Montenegro, Bosnia, Hungary, Austria, Slovenia, Italy, Perancis, Sepanyol, Portugal, dan  United Kingdom," katanya. 

Menurutnya, Ekspedisi Solo Asia Eropah yang dirancang dalam tempoh dua tahun bermula Disember 2017 itu akan menjalin kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta. 

Malah beberapa syarikat korporat terkemuka juga dijangka terbabit dalam projek khas ini. 

Perbelanjaan ekspedisi dan penubuhan santuari khas kerbau itu yang dijangka menelan belanja keseluruhan berjumlah RM3 juta turut menerima tajaan daripada beberapa syarikat korporat.

https://www.facebook.com/patintempoyok.kome.90


''Sebagai anak kelahiran Kampung Sentang, Chenor,Temerloh, saya dibesarkan dalam suasana kampung dan kerbau menjadi mainan setiap hari kerana keluarga mempunyai kerbau. 

"Malah saya dibesarkan dengan meminum susu kerbau peliharaan keluarga dan kerbau bukan asing bagi saya," katanya. 

Katanya, membuat kajian dan berminat mengenai haiwan berkenaan ketika masih bersekolah dan menjadi serius sejak 30 tahun dahulu. 

Dr Isma Nazom juga berhasrat mengadap Yang Dipertuan Agong bagi menyembah tujuan ekspedisi kepada baginda. 

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Isma Nazom berkata, Pahang adalah negeri yang mempunyai bilangan kerbau paling banyak iaitu 11,983 ekor yang direkodkan pada 2016, namun berkurangan kepada 8,780 ekor pada 2019.

Katanya, ketika ini, Malaysia terpaksa  mengimport daging kerbau dari India untuk memenuhi permintaan domestik dengan nilai RM1.5 bilion setahun.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan semasa mengenai ekspedisi solo bagi mengkaji haiwan ternakan kerbau ini, boleh ke FB Ekspedisi Solo Asia Eropah di https://www.facebook.com/patintempoyok.kome.90.  : Kitareporters

1
1
0
0
0
You will be interested