Alam & Sains 19 Apr, 2021

Berita Terkini| Jangkitan Covid-19 meningkat 45 peratus! Sejak 3 minggu lepas! Meningkat mendadak!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. kredit Foto Sinar Harian.


 Jangkitan Covid-19 meningkat secara mendadak sejak tiga minggu lalu dengan pertambahan kira-kira sebanyak 45 peratus, minggu ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 13,745 kes baharu direkodkan pada minggu ke-15 berbanding 9,507 pada minggu ke-14.

 “Ini bermakna purata kes harian pada minggu ke-15 sebanyak 1,963 kes, iaitu meningkat sebanyak 45 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Pertambahan kes berkenaan dikesan sejak tiga minggu lalu iaitu pada minggu ke 12 tahun. Kredit Foto Sinar Harian.


“Pada minggu ke-15 juga, purata kes aktif sebanyak 17,096 dengan peningkatan 18 peratus, berbanding kes sebelumnya,” katanya di Kuala Lumpur dalam sidang media mingguan badan Bertindak Imunisasi Covid-19, pada Isnin, 19 April 2021.

Pada minggu ke-15 juga, beliau berkata, purata kes aktif sebanyak 17,096 dengan peningkatan 18 peratus, berbanding kes sebelumnya.

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan kepada penduduk setempat. Kredit Foto Astro Awani


Peningkatan kes berkenaan mula dikesan sejak tiga minggu lalu, iaitu bermula pada minggu ke-12 tahun ini.

“Unjuran kenaikan 45 peratus peningkatan kes berlaku berbanding minggu ke-14,”katanya lagi.

 

1
0
0
0
0
You will be interested